Tuesday, 22 April 2014

Promosi Terhad First Trial Laser Treatment

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Untuk promosi kali ini, Airish Beauty & Spa ingin menawarkan rawatan laser. Seperti yang kita sedia maklum, rawatan laser adalah satu rawatan merawat masalah kulit yang tidak mampu dirawat dengan rawatan wajah biasa atau produk.

Airish Beauty & Spa menawarkan First trial Rawatan Laser yang hanya berharga RM99.00 sahaja untuk 40 orang pelanggan dan terhad pada tarikh-tarikh berikut:-

3hb Mei 2014
4hb Mei 2014

Sila dapatkan promosi hebat ini dengan menghubungi kami untuk menjadi salah seorang daripada 40 orang pelanggan bertuah. Tarikh akhir pengesahan tempahan adalah 2hb Mei 2014.






 

Friday, 18 April 2014

Merawat Masalah Kulit Dengan Rawatan Laser







Dulu pipi tembam, dagu berlapis dan bentuk wajah bulat jer... Tu dulu. Sekarang segala masalah dapat diatasi dengan teknologi terkini dan selamat tanpa sebarang suntikan atau pembedahan. Samada anda mengalami masalah jeragat, melasma, jerawat yang kronik, parut dan kulit yang semakin kendur..... segala dapat diatasi dalam satu rawatan iaitu rawatan Laser!

Medlite C6 ND: Yag Laser merupakan satu rawatan menggunakan sinar laser yang berfungsi merangsang penghasilan kolagen. Ia juga membantu merawat kesan parut dan garis halus terus ke dalam kulit kita tanpa merosakkan lapisan kulit atas. Dengan pembaikkan secara dalaman, maka kolagen semulajadi dapat dihasilkan dan memberikan kesan untuk keanjalan dan kesihatan kulit muka yang cantik.

Selain daripada garisan halus dan kesan parut, ada lagi beberapa kebaikkan Medlite ni:-
1. Birthmark removal
2. Tattoo removal
3. Improving acne scars
4. Diminishing wrinkles
5. Reducing brown spots
6. Enhancing & improving skin textures
7. Rebuilding skin's collagen
8. Reducing pigmentation

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi kami:-
0163469607/0361778510

Manicure (Rawatan untuk kuku)


Hari ini hari untuk admin pula mencantikkan kuku supaya kuku sentiasa bersih, sihat dan cantik...... Nak kuku cantik dan bersinar-sinar juga?
Jangan malu hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan temujanji...
0163469607/0361778510

Monday, 10 March 2014

Update Terbaru Kami.....

Jacuzzi With Relaxing Bubbles   

Ruang Menungu Yang Selesa

Bilik Untuk Bersauna & Berurut

Bilik Rawatan Wajah



Ini pula mandian susu, sangat sesuai untuk bakal pengantin baru.. Pengantin lama pun boleh juga... hehehe... Selepas mandi susu ni, kulit terasa lebih halus dan gebu... Kalau tak percaya cubalah... Tapi kalau nak dapat hasil yang terbaik lagi, lakukan dulu rawatan 'Body Exfoliate/Body Scrub' sebelum mandian susu.     






Salam Sayang Dari Airish Beauty & Spa

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan...

Dah lama rasanya tak update Blog Airish Beauty & Spa... sibuk sedikit dengan operasi harian Spa....Walaubagaimanapun, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa menyokong... Kami akan senantiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda yang sangat-sangat kami hargai...

Setelah agak lama tidak mengupdate blog Airish Beauty & Spa, kami ingin berkongsi beberapa momen2 indah di Spa kami,selain mendapat sambutan yg hangat dari pelanggan-pelanggan Airish yg tersayang. Spa kami turut dikunjungi oleh mereka yang agak popular (agak terharu juga la walaupun Spa kami tidak la popular macam spa-spa besar yg lain, apa pun yang penting servis kan hihi..)



Pelakon cantik manis nih.. Tengku Hanis.. adalah salah seorang regular customer kami yang selalu buat rawatan muka. Alhamdulillah, setakat ni dia memang sangat berpuas hati dengan servis dan rawatan yang kami berikan...  






Dalam pada tu, Airish Beauty & Spa juga pernah dijadikan lokasi pengambara untuk drama 'Aku Bukan Halimatus Saadiah' yang ditayangkan sempena Maulidur Rasul yang lepas.





Hehehehe.... Ni pun regular customer kami juga.... Dia adalah seorang novelis dan chef yang selalu keluar kat TV.... Norzailina Nordin. Seorang yang sangat baik dan cantik...



Ada juga model yang berlakon iklan Maggi dengan Aaron Aziz tu... Namanya Sofea... Selalu juga bersauna di Airish Beauty & Spa... Atas kesibukkan kami, tak sempat plak nak snap gambar.... 



Juga, nantikan juga aktiviti-aktivit yang sedang dirancang untuk pelanggan-pelanggan Airish Beauty & Spa, antaranya:-
  1. Program 'Customer Loyalty' - Dijangka akan dijalankan pada pertengahan April 2014
  2. Rawatan 'Pedicure & Menicure'(Insha Allah kalau tiada halangan)
  3. Promosi Hari Ibu yang akan menjelang pada Bulan Mei 2014
  4. Promosi Pertengahan Tahun
  5. Kami juga dalam rancangan untuk menubuhkan Akademi Airish Beauty & Spa yang diiktiraf oleh kerajaan (agak ambil masa juga la sebab perlu pergi beberapa kursus dan berurusan dengan kerajaan)

Tuesday, 27 August 2013

Rawatan2 Airish Beauty

Assalamulaikum...
Sekadar ingin berkongsi,bagi yang ingin merasai pengalaman merehatkan diri di Spa mari la dtg di Airish Beauty dan anda boleh merasa sendiri kelebihan yg ada disini.
Di Airish Beauty kami mempunyai Terapis yg mahir juga pernah berkhidmat di Spa2 besar Bali Indonesia dan berpengalaman selama 20 tahun dlm bidang urutan Tradisional,Urutan selepas bersalin,Urutan bg Ibu2 yg mengandung,Balinese,Japanese,Urutan totok dan sbgnya.
Perkhidmatan yg terdapat di Airish Beauty jg tidak terhad kpd urutan sahaja kami juga menyediakan rawatan kecantikan wajah,Pakej perkahwinan,antara rawatan yg kami tawarkan FIR Sauna,Body Scrub,Lulur,Mandi Susu bunga-bungaan,mandi rempah,jacuzzi dan bermcm-mcm lagi.
Kami juga sgt mementingkan keselesaan para pelanggan justeru itu disini kami sentiasa mementingkan kebersihan dan keselesaan setiap bilik2 rawatan yg ada.
Bagi yg ingin merasai sendiri pengalaman melakukan rawatan disini boleh terus menghubungi kami utk sebarang pertanyaan dan temujanji.

Apa Itu Urutan Totok dan Manfaatnya

Urutan Totok sangat terkenal dan diamalkan secara meluas di Indonesia terutamanya bagi penggemar-penggemar Spa. Bagi yang biasa pergi bercuti di Bali Indonesia, pasti tidak ketinggalan untuk merasa urutan ini. Namun di Malaysia urutan ini sangat jarang ditemui dan tidak begitu meluas kerana urutan ini benar-benar memerlukan terapis yang mahir dan terlatih kerana teknik urutan ini tertumpu kepada point-point dan saraf tertentu dan terpenting pada setiap tubuh badan.

Urutan Totok ini terbahagi kepada beberapa bahagian tubuh.

1) Totok Aura Miss VPencemaran udara, radiasi, pemakaian pembalut, pola makan yang kurang baik adalah di antara penyebab timbulnya masalah kewanitaan, bahkan hasil survey perubatan yang dimuatkan di dalam beberapa media, pencemaran udara menjadi pencetus timbulnya kes Endormetreosis (menurut perubatan endometreosis adalah adanya rangkaian sama selaput lendir rahim diluar rongga rahim yang pada waktunya dapat menjadi pencetus kanser) RATUS adalah Spa khusus organ intim wanita untuk membantu menjaga kebersihan & kesegaran area intim wanita, mencegah keputihan, mengurangkan lendir, mengharumkan, mencegah kegatalan serta mencegah jangkitan.

Kaedah Yang Dicadangkan Adalah:
Totok Legit adalah totok accupreasure dan urutan yang dikombinasi dengan seni pernafasan yang dilakukan di kawasan saraf-saraf yang berkaitan dengan saraf kewanitaan, saraf rahim yang boleh mengatasi masalah anda dengan cepat. Totok ini membuat Oksigen dan nutrisi beredar cepat dan tepat sesuai dengan keperluan organ tubuh kita.
   
urutan totok ini juga mampu mengatasi masalah:
 
i.  keputihan dan kegatalan
 
ii. Frgiditas, gangguan libido, gangguan kesuburan,yg ssh utk mengandung
 
iii. Gangguan seksologi
2)
Totok Aura Payudara
totok payudara adalah totok dan urutan di kawasan saraf-saraf payudara agar Oksigen dan nutrisi beredar cepat dan tepat disaraf-saraf payudara agar payudara sentiasa kencang dan montok.

3) Totok Aura Tubuh
Totok Aura Tubuh adalah satu terapi totok acupreasure yang digabungkan dengan tenaga dalam terapi yang telah terlatih dengan seni pernafasan sehingga terapis mempunyai kemampuan menotok pesakit sampai lapisan saraf ketujuh. Urutan ini membantu organ tubuh seperti jantung, fungsi hati, buah pinggang, organ pencernaan, organ pembiakan lebih maksimum dan urutan adalah alternative bagi penyembuhan dari gangguan kesihatan tubuh.

Kenapa? kerana setelah ditotok, nutrisi & Oksigen beredar dengan sangat cepat dan tepat sesuai keperluan tubuh kita bekerja. Jika organ tubuh kita bekerja seimbang di antara satu sama lain maka kesihatan jasmani & rohani juga akan menjadi lebih seimbang, bila keseimbangan itu dicapai maka akan munculah aura tubuh, kerana didalalm tubuh kita tidak ada gangguan saraf yang terbelenggu.

Fungsi Totok Aura Tubuh & Tenaga adalah. 
i) Sebagai terapi kesuburan, memperlancar kerja pengeluaran dan ovari 
ii) Membuang aura negatif & memunculkan aura positif dan tampil menawan
iii) Melancarkan haid
iv) Menyembuhkan gangguan sakit pinggang, punggung, leher, bahu
v) Sebagai terapi bagi tubuh yang sering masuk angin, perut sering mual, kembung dan    sembelit
vi) Membantu keseimbangan hormon dan metabolisme tubuh menjadi stabil

4) Totok Punggung (Buttocks)
Setelah melahirkan punggung mengalami perubahan mulai menurun / melorot dan yang paling mengganggu: warna mulai kusam dan lemak-lemak yang muncul. Maka rawatan yang tepat untuk membantu mengatasi masalah tersebut adalah Totok Aura semua badan agar peredaran nutrisi dan oksigen beredar ke seluruh jaringan tubuh termasuk punggung.

5) Totok Aura Wajah
Kelebihan untuk Totok Aura Wajah yang menggunakan teknik acupreasure yang digabungkan dengan tenaga dalam terapi dengan seni pernafasan sehingga terapi mempunyai kemampuan menotok pesakit sampai lapisan saraf ketujuh. Penotokan mampu membuatkan Oksigen dan nutrisi beredar lancar disekitar kawasan kepala, wajah & mata. Hasilnya saraf disekitar wajah kita lebih relaks dan wajah kita menjadi lebih cerah segar dan ceria.

Totok Aura Wajah diakui sangat efektif untuk:
 
i) Membuang tenaga negatif atau aura buruk dari wajah & memancarkan tenaga positif atau aura baik pada wajah sehingga kelihatan muda dan berseri
ii) Mengurangkan stres & emosional kerana setelah ditotok akan merasa lebih relaks
iii) Mengelakkan kedutan dan mengetatkan kulit
iv) Mampu mencegah sinus dan migrant
v) Membantu menyeimbangkan metabolisme dan hormon tubuh.

by Airish Beauty & Spa