Saturday 24 May 2014

Terapi Jacuzzi


Jacuzzi merupakan salah satu bentuk hidroterapi yg sangat baik utk merehatkan tubuh,dimana anda akan berendam di dalam suatu kolam yang mengeluarkan gelembung-gelembung udara. Hal ini berfungsi untuk menghilangkan kepenatan tubuh,stress  Keseimbangan dari Spa adalah bertujuan untuk memberikan keseimbangan bagi jiwa, raga dan sukma. Keseimbangan raga melalui berbagai body treatment dan keseimbangan sukma tercapai setelah berbagai treatment yang diberikan oleh spa tersebut. Sehingga anda akan merasa bersih dan sihat serta dapat melakukan aktiviti-aktivit sehari-harinya dengan baik.

Body Mask


Body Mask merupakan perawatan untuk menjaga kesihatan kulit dan mengelakkan kekeringan kulit berlaku dengan menggunakan masker tubuh,ia lebih bersifat lembut dan sangat baik dilakukan sesudah rawatan scrub/lulur dilakukan. Efek yg sgt ketara sesudah rawatan body mask ini dilakukan anda akan dapati kulit akan lebih lembut,halus,gebu dan bersinar ia juga mampu memudarkan parut yg terdapat pd tubuh anda!!

Hot Stone Massage


Kelebihan dan kebaikan Urutan Batu Panas(Hot Stone Massage)pada tubuh.

Kulit kusam dan wajah tak cerah sebetulnya tidak hanya disebabkan oleh kesalahan perawatan, tetapi juga oleh stres dan keletihan.Dua keadaan itu dapat menghilangkan sinar kecantikan. Untuk mengatasi stres dan keletihan, Anda boleh mencuba hot stone massage(urutan batu panas) Treatment itu tak hanya membuat otot-otot Anda kembali relaks, tetapi hati Anda juga tenang.

Apakah Hot Stone Massage itu?
Hot Stone Massage adalah seni penyembuhan kuno yang berasal lebih dari 2000 tahun yang lalu. Merupakan salah satu bentuk terapi yang sangat unik dengan mempergunakan batu yang dipanaskan dengan air sebagai alat atau media untuk melakukan terapi penyembuhan/pengurutan. Praktikal terapi dengan cara kuno ini terus berkembang di dalam populariti pelayanan spa di seluruh dunia hingga saat ini.
Jenis batu yang dipergunakan untuk terapi Hot Stone Massage adalah batu alam yang berjenis VOLCANIC BASALT STONE atau batu yang terbentuk dari leleran lava cair dari gunung berapi, yang dingin ketika bertemu dengan air. Jenis batu ini dipilih kerana mempunyai kelebihan dalam hal menyerap dan menyimpan panas. Basalt mampu menyimpan panas lebih lama dari semua jenis batu alam yang lain dan diyakini mempunyai kebaikan dan kelebihan tersendiri.
Hot Stone Massage merupakan perpaduan teknik antara massage ayuverda seperti Chi iaitu energi vital yang ada di tubuh, yang lebih memusatkan perhatian pada pernapasan dengan massage lembut dan perlahan.
Ada dua cara dalam aplikasi/penggunaan Hot Stone untuk terapi :
Yang pertama dengan cara hanya meletakkan Hot Stone (stationary placement stones) pada bahagian tubuh tertentu untuk memberikan energi. Hal ini memberikan rasa hangat pada bahagian tubuh yang sedang diterapi dan memberikan efek rasa relaks serta tenang pada fikiran kerana ketegangan akan terasa mencair dan berkurang seiring dengan memudarnya rasa hangat dari batu secara perlahan.

Awalnya batu-batu basalt dipanaskan dalam air. Lalu batu diletakkan pada titik tenaga di tubuh. Untuk titik tenaga, batu diletakkan pada bawah dan atas pusat, di bawah area jantung, area jantung, dan di tengah dahi. Sedangkan titik meridian bermanfaat untuk energi, emosi dan juga pencernaan. Dan kedua titik tersebut berguna untuk mengeluarkan energi negatif dan memasukkan energi positif.

Mengapa batu harus dipanaskan?
Kerana batu yang hangat akan menyeimbangkan fungsi titik-titik meridian di tubuh, sehingga klien merasa lebih baik dan tenteram. “Tingkat panas atau hangatnya batu tergantung selera atau ketahanan klien Apabila masih terasa panas di tubuh klien, biasanya ahli terapi akan mendinginkannya dengan alat khusus.

Yang kedua adalah dengan cara mempergunakan Hot Stone sebagai alat untuk mengurut (to actually massage). Batu yang hangat itu digunakan untuk massage dengan tekanan tertentu di seluruh tubuh. Dengan demikian, paduan kehangatan dan tekanan dari batu yang keras terasa sangat efektif. Pasien akan merasa lebih relaks, badan yang terasa sakit-sakit sehabis beraktiviti menjadi lebih lega dan tenang. Kehangatan yang dihasilkan dari batu akan membuat otot tubuh relaks lebih cepat serta mudah dari pada cara urut konvensional.

Keunikan Hot Stone Massage yang paling utama adalah dapat memberikan dan menyeimbangkan dual hal hanya dalam satu terapi, iaitu memberikan sirkulasi energi dan merilekskan tubuh sekaligus.

Rawatan Mandi Susu


RAWATAN MANDI SUSU

Suka susu? Apa kata jadikan susu sebagai bahan asas kecantikan anda untuk jadikan susu sebagai rutin mandian kecantikan anda.
Susu memang banyak manfaatnya.Tidak hanya menyihatkan badan, cairan putih ini juga mampu memutihkan,menghalus,menyegar dan memberikan seri pada kulit.
amat sesuai jika anda mempunyai kulit yang kering.mandi susu adalah satu kaedah perawatan yang amat popular dikalangan bakal pengantin,kerana ia bukan saja boleh menyegarkan tubuh,malah ia juga mampu melembutkan kulit tubuh dan seterusnya mencerahkannya. Ia amat mujarab untuk mereka yang sering mengalami ketegangan dan tekanan dikepala. Selain dapat merehatkan minda dan tubuh,mandian ini juga mampu memutih,melembut dan menghaluskan kulit terutama sekali selepas melakukan rawatan lulur pd tubuh hasil dpt dirasai serta merta.

Thursday 1 May 2014

Happy Mother's Day Promotions


Salam Sayang Dari Airish Beauty & Spa,

Menjelang sambutan Hari Ibu, kami menyediakan pakej-pakej khas untuk hari istimewa tersebut. Bawalah ibu tercinta merasai suasana relaks di spa kami sebagai hadiah kepada kasih sayang ibu kepada kita yang tiada tolok bandingnya.
Pasti hati si ibu lebih gembira dan rasa dihargai atas ingatan kita kepadanya... 


Kepada semua wanita bergelar Ibu, Mama, Umi, Mak, Mom dan selainya, kami di Airish Beauty & Spa ingin mengucapkan 'Selamat Hari Ibu'.  

Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dan termujanji di 0163469607 (SMS, WhatsApp, LINE, WeChat) atau 0361778510.