Monday 10 March 2014

Update Terbaru Kami.....

Jacuzzi With Relaxing Bubbles   

Ruang Menungu Yang Selesa

Bilik Untuk Bersauna & Berurut

Bilik Rawatan Wajah



Ini pula mandian susu, sangat sesuai untuk bakal pengantin baru.. Pengantin lama pun boleh juga... hehehe... Selepas mandi susu ni, kulit terasa lebih halus dan gebu... Kalau tak percaya cubalah... Tapi kalau nak dapat hasil yang terbaik lagi, lakukan dulu rawatan 'Body Exfoliate/Body Scrub' sebelum mandian susu.     






Salam Sayang Dari Airish Beauty & Spa

Assalamualaikum dan Salam Kebahagiaan...

Dah lama rasanya tak update Blog Airish Beauty & Spa... sibuk sedikit dengan operasi harian Spa....Walaubagaimanapun, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan-pelanggan kami yang sentiasa menyokong... Kami akan senantiasa berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda yang sangat-sangat kami hargai...

Setelah agak lama tidak mengupdate blog Airish Beauty & Spa, kami ingin berkongsi beberapa momen2 indah di Spa kami,selain mendapat sambutan yg hangat dari pelanggan-pelanggan Airish yg tersayang. Spa kami turut dikunjungi oleh mereka yang agak popular (agak terharu juga la walaupun Spa kami tidak la popular macam spa-spa besar yg lain, apa pun yang penting servis kan hihi..)



Pelakon cantik manis nih.. Tengku Hanis.. adalah salah seorang regular customer kami yang selalu buat rawatan muka. Alhamdulillah, setakat ni dia memang sangat berpuas hati dengan servis dan rawatan yang kami berikan...  






Dalam pada tu, Airish Beauty & Spa juga pernah dijadikan lokasi pengambara untuk drama 'Aku Bukan Halimatus Saadiah' yang ditayangkan sempena Maulidur Rasul yang lepas.





Hehehehe.... Ni pun regular customer kami juga.... Dia adalah seorang novelis dan chef yang selalu keluar kat TV.... Norzailina Nordin. Seorang yang sangat baik dan cantik...



Ada juga model yang berlakon iklan Maggi dengan Aaron Aziz tu... Namanya Sofea... Selalu juga bersauna di Airish Beauty & Spa... Atas kesibukkan kami, tak sempat plak nak snap gambar.... 



Juga, nantikan juga aktiviti-aktivit yang sedang dirancang untuk pelanggan-pelanggan Airish Beauty & Spa, antaranya:-
  1. Program 'Customer Loyalty' - Dijangka akan dijalankan pada pertengahan April 2014
  2. Rawatan 'Pedicure & Menicure'(Insha Allah kalau tiada halangan)
  3. Promosi Hari Ibu yang akan menjelang pada Bulan Mei 2014
  4. Promosi Pertengahan Tahun
  5. Kami juga dalam rancangan untuk menubuhkan Akademi Airish Beauty & Spa yang diiktiraf oleh kerajaan (agak ambil masa juga la sebab perlu pergi beberapa kursus dan berurusan dengan kerajaan)